Ciri-ciri guru yang cemerlang ialah:
- Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik P&P untuk murid pelbagai mkebolehan
- Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya menguruskan laporan prestasi murid dengan kemas kini dan segala strategi pengajaran di dokumentasikan.
- Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang boleh berjaya mengaitkan kepakaran sediaada murid dengan tajuk perbincangan serta melibatkan murid secara aktif dalam P&P.
- Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulangkali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di bilik darjah.
- Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding bilik darjah.
- - Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
- -Komitmen yang menyeluruh.
- -Menambahbaikan ilmu serta kemahira secara berterusan.
- -Sebagai role model
- -Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
- -Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi inspirasi negara..
No comments:
Post a Comment