Thursday, 8 December 2011

MENGAJAR MURID MEMBACA AYAT KVKVKV DENGAN MUDAH.

Katakan pada pelajaran yang lalu, murid telah menguasai kemahiran KV+KV+KV. Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya guru mesti ada bahan berikut:
  • Rangkai kata KVKVKV aras sederhana 10 jenis.
  • Teks bacaan KVKVKV aras sederhana 10 jenis.
  • Borang penilaian 1 - rekod bacaan rangkai kata KVKVKV.
  • Borang penilaian 2 - rekod bacaan teks.
  • Permainan berunsurkan pendidikan - Dam Ular.
TIPS MENGAJAR.
  1. Edarkan kad rangkai kata kepada setiap murid. Uji pengetahuan murid dengan meminta murid menyebut dan membaca rangkaikata.
  2. Minta murid jelaskan isi kandungan rangkai kata .
  3. Tanya samada murid faham apa yang dibaca.
  4. Jika ada murid yang masih mengeja bimbing segera atau asingkan dalam kumpulan lain.
  5. Edarkan pula teks bacaan KVKVKV.
  6. Beri murid masa untuk membaca teks bacaan secara mentalis.
  7. Rangsang murid untuk membaca secara mekanis seorang demi seorang.
  8. Betulkan segera kesalahan yang di baca. Minta murid supaya membaca secara berhati-hati. Jangan terburu-buru membaca.
  9. Beri murid 15 minit untuk ulang baca bahan bacaan yang di edar.
  10. Uji semula penguasaan kemahiran murid. Betulkan segera kesalahan jika masih ada.
  11. Edarkan permainan Dam Ular. Semasa bermain, minta murid baca soalan yang yang terdapat dalam permainan.
  12. Dengan menggunakan lembaran kerja 1 dan 2, rekod penguasaan kemahiran murid dengan menguji mereka secara individu.
Dalam kemahiran ini,murid dijangka tidak akan menghadapi masalah menguasai kemahiran dengan cepat kerana murid sudah ada pengetahuan dan asas kemahiran KVKV dan KVKKV.

Walaubagaimanapun, guru perlu sentiasa memantau perkembangan semasa murid. Murid yang belajar di kelas pemulihan khas mudah lupa. Jadi mereka perlu sentiasa diingatkan selalu.

Semoga berjaya !

Wednesday, 16 November 2011

PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS.

Perkembangan Bahasa Melayu.
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1.  Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara bagi mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2.  Fungsi Bahasa.

1.2.1.  Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhiinginan dan hajat.
1.2.2.  Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3.  Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4.  Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5.  Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6.  Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.
1.2.7.  Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a)  Kemahiran Lisan
b)  Kemahiran Bacaan
c)  Kenahiran Tulisan
d)  Kemahiran Ejaan.

1.2  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN.
      Kemahiran mendengar.
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam , mengenal, dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mengdeklamasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendeklamasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neorologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatannya pendengarannya. Secara ringkasnya, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh :

  • mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
  • mendiskriminasi unit-unit bunyi bahasa.
  • memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
  • memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
  • mendengar secara kritikal.
  • "auding"
  • mengikut arahan.
  • memahami urutan dan sekuan.
  • mengingat kembali.
  • menentukan idea utama/terpenting.
  •  membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR. 

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonansi, nada, (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik dinamakan "suprapenggalan" ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonansi yang berbeza-beza ini amat penting nagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek-aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam p&p.

Monday, 31 October 2011

CIRI-CIRI GURU PEMULIHAN YANG CEMERLANG.

Ciri-ciri guru pemulihan yang cemerlang.

Ciri-ciri guru yang cemerlang ialah:

  1. Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik P&P untuk murid pelbagai mkebolehan
  2. Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya menguruskan laporan prestasi murid dengan kemas kini dan segala strategi pengajaran di dokumentasikan. 
  3. Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang boleh berjaya mengaitkan kepakaran sediaada murid dengan tajuk perbincangan serta melibatkan  murid secara aktif dalam P&P. 
  4. Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulangkali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di bilik darjah. 
  5. Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding bilik darjah. 
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut :
  • - Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. 
  •  -Komitmen yang menyeluruh. 
  • -Menambahbaikan ilmu serta kemahira secara berterusan.
  • -Sebagai role model
  • -Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
  • -Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi inspirasi negara..


 

Saturday, 29 October 2011