- Rangkai kata KVKVKV aras sederhana 10 jenis.
- Teks bacaan KVKVKV aras sederhana 10 jenis.
- Borang penilaian 1 - rekod bacaan rangkai kata KVKVKV.
- Borang penilaian 2 - rekod bacaan teks.
- Permainan berunsurkan pendidikan - Dam Ular.
- Edarkan kad rangkai kata kepada setiap murid. Uji pengetahuan murid dengan meminta murid menyebut dan membaca rangkaikata.
- Minta murid jelaskan isi kandungan rangkai kata .
- Tanya samada murid faham apa yang dibaca.
- Jika ada murid yang masih mengeja bimbing segera atau asingkan dalam kumpulan lain.
- Edarkan pula teks bacaan KVKVKV.
- Beri murid masa untuk membaca teks bacaan secara mentalis.
- Rangsang murid untuk membaca secara mekanis seorang demi seorang.
- Betulkan segera kesalahan yang di baca. Minta murid supaya membaca secara berhati-hati. Jangan terburu-buru membaca.
- Beri murid 15 minit untuk ulang baca bahan bacaan yang di edar.
- Uji semula penguasaan kemahiran murid. Betulkan segera kesalahan jika masih ada.
- Edarkan permainan Dam Ular. Semasa bermain, minta murid baca soalan yang yang terdapat dalam permainan.
- Dengan menggunakan lembaran kerja 1 dan 2, rekod penguasaan kemahiran murid dengan menguji mereka secara individu.
Walaubagaimanapun, guru perlu sentiasa memantau perkembangan semasa murid. Murid yang belajar di kelas pemulihan khas mudah lupa. Jadi mereka perlu sentiasa diingatkan selalu.
Semoga berjaya !