Wednesday, 16 November 2011

PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS.

Perkembangan Bahasa Melayu.
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1.  Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara bagi mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2.  Fungsi Bahasa.

1.2.1.  Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhiinginan dan hajat.
1.2.2.  Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3.  Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4.  Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5.  Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6.  Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.
1.2.7.  Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a)  Kemahiran Lisan
b)  Kemahiran Bacaan
c)  Kenahiran Tulisan
d)  Kemahiran Ejaan.

1.2  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN.
      Kemahiran mendengar.
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam , mengenal, dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mengdeklamasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendeklamasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neorologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatannya pendengarannya. Secara ringkasnya, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh :

  • mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
  • mendiskriminasi unit-unit bunyi bahasa.
  • memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
  • memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
  • mendengar secara kritikal.
  • "auding"
  • mengikut arahan.
  • memahami urutan dan sekuan.
  • mengingat kembali.
  • menentukan idea utama/terpenting.
  •  membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR. 

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonansi, nada, (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik dinamakan "suprapenggalan" ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonansi yang berbeza-beza ini amat penting nagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek-aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam p&p.